Pengikut

Jumaat, 9 Disember 2011

hey kawan, siyesly rindu kamu semua...


Hidup akan sunyi,
Hidup akan sepi,
Tanpa kamu,kamu dan kamu.

kamu cerahkan hari-hari aku,
kamu juga ceriakan hari-hari aku,
sedang aku rebah kamu pegang tangan aku,
sedang aku jatuh kamu genggam tangan aku.

terima kasih kawan..










Ahad, 20 November 2011

bantuan Rm100??? mau dak?




Anda berminat dengan bantuan Rm100?nak dapatkan bantuan tersebut? mudah sahaja...ikuti syarat dan terma pasti dapat punya!!! suka dak?



syarat dia ialah anda mestilah pelajar sekolah yang masih bersekolah lagi tahun depan...jeng3.....

Ini sesuatu yang sukar untuk dikatakan....Tapi inilah kenyataan...Kenyataan yang buat aku terpikir sejenak. Aku bukan lah penyokong fanatik mana-mana parti politik. Aku tidak langsung berminat untuk menjadi fanatik mana-mana parti politik.Tetapi, ada tetapi yerrr....Tetapi aku sangat excited untuk mengundi buat pertama kalinya untuk pelihanraya akan datang...jeng3.....

Isu yang aku nak ketengahkan mungkin amat membosankan  sampai orang takkan bukak blog aku bila tengok tajuk entry aku..tak kisahlah...peduli apa....Berbalik kepada cerita yang nak ketengahkan adalah pasal duit yang pihak kerajaan bagi sebagai bantuan kepada semua pelajar sekolah di Malaysia..

                                   
Semua sekolah yang berdaftar dibawah KPM akan dapat duit tu...tapi sekolah yang tak berdaftar yakni macam Maahad, sekolah pondok takkan dapat bantuan.terdetik jugak di hati aku,semua pun pelajar. sepatutnya tak kira lah belajar sekolah menengah kebangsaan ke, sekolah menengah agama ke, sekolah pondok ker, bagi aku semua yang bergelar PELAJAR itu memerlukan bantuan yang disalurkan bagi membeli keperluan untuk sesi akan datang..setiap pelajar...tak kisah kau sekolah kebangsaan ke,  sekolah bawah kerajaan negeri ke, atau pun sekolah pondok...aku rasa hal ini kerajaan harus teliti lagi di tahun hadapan.

Sepanjang pemberian duit bantuan sebanyak RM100 ni, banyak isu timbul. antaranya:

1. Sesetengah sekolah memotong hutang-hutang  pelajar yang tertunggak.sedangkan TPM kita dah pesan bagi  penuh tanpa ada potongan.sampai duk ada isu guru besar campak duit kat muka ayah pelajar..alahai...emo sungguh.

2. Bila duit nak bagi, pelajar hat malas mai sekolah,hat lama gila tak datang sekolah uhh (sebulan 3kali ja mai), tiba-tiba mai dengan mak ayah depa amik duit bantuan tu..kuasa duit dowhhh....
                                    
4.Budak-budak hat jenis banyak duit yang tak heran dengan RM100 tu duk pakat pos kat fb&twiter awat mak pak depa kena mai sk stakat nak amik duit banyak tu..buat susah ja..erkkk...tak mau meh bagi kat cikgu meh sayang...hahhahha...

5. Budak-budak sekolah mai kedai aku beli gula-gula 50sen guna duit rm50, rm100 dengan penuh riak dan mendabik dada(macam nak sekeh ja kepala budak tu...grrr)....sampai  aku takdak duit kecik nak bagi balik kat depa....mana nak da kalu duk hulur duit besaq suma...

6.Aku tengok kat pasaraya selang 15,16 buah rumah dari rumah aku ni ada gantung baju sekolah, beg sekolah dan kasut sekolah...aku tengok takdak pun mak bapak dieorang serbu beli barang2 untuk sekolah sesi depan....awal lagi kot aku rasa depa nak p beli...ke awl sangat pihak kerajaan bagi duit tu kat depa?


                                             
7. Aku ada adik sepupu hat duk sebelah rumah aku.baru darjah satu. aku tanya sapa pegang duit hat cikgu bagi rm100 tuhh...dia kata mak ayah dia..ok,aku pon pesan nti beli blablabla......dia cakap "tak mboh!!!! nok beli pedang!!! buku beli bukan bace pom... ( tak nak,nak beli pedang! buku beli bukan baca pon.) reaksi aku? erkkk... nasihat lagi...aku tanya buat pa pedang? dia jawab nak bawak p sekolah tahun depan...ada pedang la baru kawan2 takot...erkkkk....dalam hati aku,humm,banyak sangat pengaruh tv budak ni...

p/s: guna la beli peralatan sekolah.jangan duk beli benda lain ok anak murid sekalian...=) peace yawww!!!

Jumaat, 21 Oktober 2011

perempuan selalu menangis



Perempuan selalu menangis...
perempuan selalu menangis..
perempuan selalu menangis...

aku perempuan itu.
selalu menangis.
selalu....

perempuan selalu menangis.
menangis kerana hati.
menangis kerana cinta,
menangis kerana perasaan.
menangis kerana jiwa,
menangis kerana rasa...

aku perempuan itu!!!
yang selalu menangis kerna hati!
yang selalu menangis kerana cinta!
yang selalu menangis kerana perasaan!
yang menangis kerana jiwa! dan yang menangis kerana rasa.

Selasa, 11 Oktober 2011

Biar saja!


Biar,
biar saja sakit ini pergi,
biar saja sakit ini hapus sendri,
biar saja sakit ini ubati sendiri,
kerana aku tahu ianya memang begitu...

Aku mahu senyum sahaja.
Aku mahu gembira sahaja.
Biar orang lihat aku bahagia.
Biar orang lihat aku teruja.

Kadang-kadang aku mahu jerit sahaja,
aku mahu jerit dan jerit.
Biar kedengaran semuanya.
Biar perhatian...

Tapi itu bukan normal ku.
aku cumalah gadis yang suka bersendirian
dan menangis  sendirian di hujung pintu.
tiada ubat yang boleh sembuhkan luka ku.
kerana hanya sahaja yang bisa mengesat sendiri air mata ku,
kerana hanya aku sendiri yang bisa ubati luka ini.

Jatuh bangun aku,hanya aku yang rasa.
sakit pedih jiwa aku,aku yang rasa.
namun aku tau.nun jauh disana dia memerhatikan ku.
cuba merasa sakit dan pedihku,
cuba merasa jatuh dan bangunku...

Selasa, 13 September 2011

kadang-kadang..............

kadang-kadang,
aku mahu tau apa dihadapanku,
kadang-kadang,
aku mahu tau siapa mahu bersamaku,
kadang-kadang,
aku mahu tau siapa akan bersama aku,
kadang-kadang,
aku mahu undur kembali masa lalu,
kadang-kadang,
aku mahu kau tahu isi hati aku.
kadang-kadang,
 itu ini yang selalu bermain diminda aku...

namun, jauh di sudut hati aku mahu

sentiasalah kau bersamaku.
sentiasa gengam tanganku,
sentiasalah memahami hatiku,
sentiasalah denganku.....
sentiasalah dan tetaplah denganku....

Isnin, 22 Ogos 2011

petua menghadapi orang yang membenci kita

salam ramadhan....


Hidup ini sangat indah dan kita kena hargai setiap masa yang kita lalui...setiap masa yang kita lalui itu adalah pelajaran untuk kita menghadapi masa hadapan.buruk dan baik sesuatu perkara adalah pelajaran untuk kita hadapi masa akan datang kita tidak tahu lagi bagaimana.yang baik kita jadikan panduan.yang buruk kita jadikan teladan.

Dalam menghadapi hari-hari bergelar manusia,banyak benda kita dah lalui.Begitu juga dengan manusia. Ramai juga manusia sudah kita kenali.Ada yang akan sayang dan sukakan kita.Ada yang membenci diri kita tanpa kita mengetahui apa salah kita pada mereka.

Bagaimana kita nak menghadapi orang yang membenci kita?perlukah kita menangis kerana takut akan orang yang membenci kita..tambahan pulak orang itu orang yang pernah rapat dengan kita...haihhh, jangan berburuk prasangka..jom baca petua orked yang selalu amal kan...

wink3....

petua 1

rileks saja....jangan membenci dia.Biarpun dia membenci kita sepenuh hati...Biarkan dia hidup dalam penuh kebencian itu.Hadapi dengan tenang mereka itu.Jika mereka ini meminta bantuan dan memerlukan pertolongan anda,bantu sahaja.Orked pasti mereka yang membenci kamu akan letih jika kamu buat tak tahu dengan kebencian dia tu..hahhahaha....positif ok!

petua 2

Balas kebencian dengan keramahan.Seandainya dia membenci kamu,dan kamu tahu dia sangat membenci kamu,memaki dan menghina kamu perdulikan itu semua.Senyum sahaja.Jangan gelabah!!!
kalau kamu gelabah dan memakinya dan membenci jugak nampaknya kamu sama sahaja seperti dia!! tiada beza langsung kot...haishhh..tak mau la....positif ok!

petua 3

Dituduh dengan perbuatan yang tidak kamu lakukan.Sebagai contohnya kamu dituduhan mencuri,memfitnah dan sebagainya....Kawal emosi.Jangan cepat terganngu.Buktikan bahawa kamu tidak bersalah dan kamu dipihak yang benar dalam keadan akal yang waras.positif ok!

petua 4
Tegur sahaja orang yang membenci kamu dengan lemah lembut dan tenang.Kadangkala apabila kita bersikap sebegitu hati mereka akan terbuka menerima diri kita.positif ok!

p/s: setiap manusia melakukan kesalahan.tak payah la nak benci balik orang yang benci kita.rileks saja.mudah-mudahan mereka akan berubah.