Anda berminat dengan bantuan Rm100?nak dapatkan bantuan tersebut? mudah sahaja...ikuti syarat dan terma pasti dapat punya!!! suka dak?
Ini sesuatu yang sukar untuk dikatakan....Tapi inilah kenyataan...Kenyataan yang buat aku terpikir sejenak. Aku bukan lah penyokong fanatik mana-mana parti politik. Aku tidak langsung berminat untuk menjadi fanatik mana-mana parti politik.Tetapi, ada tetapi yerrr....Tetapi aku sangat excited untuk mengundi buat pertama kalinya untuk pelihanraya akan datang...jeng3.....
Isu yang aku nak ketengahkan mungkin amat membosankan sampai orang takkan bukak blog aku bila tengok tajuk entry aku..tak kisahlah...peduli apa....Berbalik kepada cerita yang nak ketengahkan adalah pasal duit yang pihak kerajaan bagi sebagai bantuan kepada semua pelajar sekolah di Malaysia..
Semua sekolah yang berdaftar dibawah KPM akan dapat duit tu...tapi sekolah yang tak berdaftar yakni macam Maahad, sekolah pondok takkan dapat bantuan.terdetik jugak di hati aku,semua pun pelajar. sepatutnya tak kira lah belajar sekolah menengah kebangsaan ke, sekolah menengah agama ke, sekolah pondok ker, bagi aku semua yang bergelar PELAJAR itu memerlukan bantuan yang disalurkan bagi membeli keperluan untuk sesi akan datang..setiap pelajar...tak kisah kau sekolah kebangsaan ke, sekolah bawah kerajaan negeri ke, atau pun sekolah pondok...aku rasa hal ini kerajaan harus teliti lagi di tahun hadapan.
Sepanjang pemberian duit bantuan sebanyak RM100 ni, banyak isu timbul. antaranya:
1. Sesetengah sekolah memotong hutang-hutang pelajar yang tertunggak.sedangkan TPM kita dah pesan bagi penuh tanpa ada potongan.sampai duk ada isu guru besar campak duit kat muka ayah pelajar..alahai...emo sungguh.
2. Bila duit nak bagi, pelajar hat malas mai sekolah,hat lama gila tak datang sekolah uhh (sebulan 3kali ja mai), tiba-tiba mai dengan mak ayah depa amik duit bantuan tu..kuasa duit dowhhh....
4.Budak-budak hat jenis banyak duit yang tak heran dengan RM100 tu duk pakat pos kat fb&twiter awat mak pak depa kena mai sk stakat nak amik duit banyak tu..buat susah ja..erkkk...tak mau meh bagi kat cikgu meh sayang...hahhahha...
5. Budak-budak sekolah mai kedai aku beli gula-gula 50sen guna duit rm50, rm100 dengan penuh riak dan mendabik dada(
6.Aku tengok kat pasaraya selang 15,16 buah rumah dari rumah aku ni ada gantung baju sekolah, beg sekolah dan kasut sekolah...aku tengok takdak pun mak bapak dieorang serbu beli barang2 untuk sekolah sesi depan....awal lagi kot aku rasa depa nak p beli...ke awl sangat pihak kerajaan bagi duit tu kat depa?
7. Aku ada adik sepupu hat duk sebelah rumah aku.baru darjah satu. aku tanya sapa pegang duit hat cikgu bagi rm100 tuhh...dia kata mak ayah dia..ok,aku pon pesan nti beli blablabla......dia cakap "tak mboh!!!! nok beli pedang!!! buku beli bukan bace pom... ( tak nak,nak beli pedang! buku beli bukan baca pon.) reaksi aku? erkkk... nasihat lagi...aku tanya buat pa pedang? dia jawab nak bawak p sekolah tahun depan...ada pedang la baru kawan2 takot...erkkkk....dalam hati aku,humm,banyak sangat pengaruh tv budak ni...
p/s: guna la beli peralatan sekolah.jangan duk beli benda lain ok anak murid sekalian...=) peace yawww!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan