Pengikut

Jumaat, 9 Disember 2011

hey kawan, siyesly rindu kamu semua...


Hidup akan sunyi,
Hidup akan sepi,
Tanpa kamu,kamu dan kamu.

kamu cerahkan hari-hari aku,
kamu juga ceriakan hari-hari aku,
sedang aku rebah kamu pegang tangan aku,
sedang aku jatuh kamu genggam tangan aku.

terima kasih kawan..










Ahad, 20 November 2011

bantuan Rm100??? mau dak?




Anda berminat dengan bantuan Rm100?nak dapatkan bantuan tersebut? mudah sahaja...ikuti syarat dan terma pasti dapat punya!!! suka dak?



syarat dia ialah anda mestilah pelajar sekolah yang masih bersekolah lagi tahun depan...jeng3.....

Ini sesuatu yang sukar untuk dikatakan....Tapi inilah kenyataan...Kenyataan yang buat aku terpikir sejenak. Aku bukan lah penyokong fanatik mana-mana parti politik. Aku tidak langsung berminat untuk menjadi fanatik mana-mana parti politik.Tetapi, ada tetapi yerrr....Tetapi aku sangat excited untuk mengundi buat pertama kalinya untuk pelihanraya akan datang...jeng3.....

Isu yang aku nak ketengahkan mungkin amat membosankan  sampai orang takkan bukak blog aku bila tengok tajuk entry aku..tak kisahlah...peduli apa....Berbalik kepada cerita yang nak ketengahkan adalah pasal duit yang pihak kerajaan bagi sebagai bantuan kepada semua pelajar sekolah di Malaysia..

                                   
Semua sekolah yang berdaftar dibawah KPM akan dapat duit tu...tapi sekolah yang tak berdaftar yakni macam Maahad, sekolah pondok takkan dapat bantuan.terdetik jugak di hati aku,semua pun pelajar. sepatutnya tak kira lah belajar sekolah menengah kebangsaan ke, sekolah menengah agama ke, sekolah pondok ker, bagi aku semua yang bergelar PELAJAR itu memerlukan bantuan yang disalurkan bagi membeli keperluan untuk sesi akan datang..setiap pelajar...tak kisah kau sekolah kebangsaan ke,  sekolah bawah kerajaan negeri ke, atau pun sekolah pondok...aku rasa hal ini kerajaan harus teliti lagi di tahun hadapan.

Sepanjang pemberian duit bantuan sebanyak RM100 ni, banyak isu timbul. antaranya:

1. Sesetengah sekolah memotong hutang-hutang  pelajar yang tertunggak.sedangkan TPM kita dah pesan bagi  penuh tanpa ada potongan.sampai duk ada isu guru besar campak duit kat muka ayah pelajar..alahai...emo sungguh.

2. Bila duit nak bagi, pelajar hat malas mai sekolah,hat lama gila tak datang sekolah uhh (sebulan 3kali ja mai), tiba-tiba mai dengan mak ayah depa amik duit bantuan tu..kuasa duit dowhhh....
                                    
4.Budak-budak hat jenis banyak duit yang tak heran dengan RM100 tu duk pakat pos kat fb&twiter awat mak pak depa kena mai sk stakat nak amik duit banyak tu..buat susah ja..erkkk...tak mau meh bagi kat cikgu meh sayang...hahhahha...

5. Budak-budak sekolah mai kedai aku beli gula-gula 50sen guna duit rm50, rm100 dengan penuh riak dan mendabik dada(macam nak sekeh ja kepala budak tu...grrr)....sampai  aku takdak duit kecik nak bagi balik kat depa....mana nak da kalu duk hulur duit besaq suma...

6.Aku tengok kat pasaraya selang 15,16 buah rumah dari rumah aku ni ada gantung baju sekolah, beg sekolah dan kasut sekolah...aku tengok takdak pun mak bapak dieorang serbu beli barang2 untuk sekolah sesi depan....awal lagi kot aku rasa depa nak p beli...ke awl sangat pihak kerajaan bagi duit tu kat depa?


                                             
7. Aku ada adik sepupu hat duk sebelah rumah aku.baru darjah satu. aku tanya sapa pegang duit hat cikgu bagi rm100 tuhh...dia kata mak ayah dia..ok,aku pon pesan nti beli blablabla......dia cakap "tak mboh!!!! nok beli pedang!!! buku beli bukan bace pom... ( tak nak,nak beli pedang! buku beli bukan baca pon.) reaksi aku? erkkk... nasihat lagi...aku tanya buat pa pedang? dia jawab nak bawak p sekolah tahun depan...ada pedang la baru kawan2 takot...erkkkk....dalam hati aku,humm,banyak sangat pengaruh tv budak ni...

p/s: guna la beli peralatan sekolah.jangan duk beli benda lain ok anak murid sekalian...=) peace yawww!!!

Jumaat, 21 Oktober 2011

perempuan selalu menangis



Perempuan selalu menangis...
perempuan selalu menangis..
perempuan selalu menangis...

aku perempuan itu.
selalu menangis.
selalu....

perempuan selalu menangis.
menangis kerana hati.
menangis kerana cinta,
menangis kerana perasaan.
menangis kerana jiwa,
menangis kerana rasa...

aku perempuan itu!!!
yang selalu menangis kerna hati!
yang selalu menangis kerana cinta!
yang selalu menangis kerana perasaan!
yang menangis kerana jiwa! dan yang menangis kerana rasa.

Selasa, 11 Oktober 2011

Biar saja!


Biar,
biar saja sakit ini pergi,
biar saja sakit ini hapus sendri,
biar saja sakit ini ubati sendiri,
kerana aku tahu ianya memang begitu...

Aku mahu senyum sahaja.
Aku mahu gembira sahaja.
Biar orang lihat aku bahagia.
Biar orang lihat aku teruja.

Kadang-kadang aku mahu jerit sahaja,
aku mahu jerit dan jerit.
Biar kedengaran semuanya.
Biar perhatian...

Tapi itu bukan normal ku.
aku cumalah gadis yang suka bersendirian
dan menangis  sendirian di hujung pintu.
tiada ubat yang boleh sembuhkan luka ku.
kerana hanya sahaja yang bisa mengesat sendiri air mata ku,
kerana hanya aku sendiri yang bisa ubati luka ini.

Jatuh bangun aku,hanya aku yang rasa.
sakit pedih jiwa aku,aku yang rasa.
namun aku tau.nun jauh disana dia memerhatikan ku.
cuba merasa sakit dan pedihku,
cuba merasa jatuh dan bangunku...

Selasa, 13 September 2011

kadang-kadang..............

kadang-kadang,
aku mahu tau apa dihadapanku,
kadang-kadang,
aku mahu tau siapa mahu bersamaku,
kadang-kadang,
aku mahu tau siapa akan bersama aku,
kadang-kadang,
aku mahu undur kembali masa lalu,
kadang-kadang,
aku mahu kau tahu isi hati aku.
kadang-kadang,
 itu ini yang selalu bermain diminda aku...

namun, jauh di sudut hati aku mahu

sentiasalah kau bersamaku.
sentiasa gengam tanganku,
sentiasalah memahami hatiku,
sentiasalah denganku.....
sentiasalah dan tetaplah denganku....

Isnin, 22 Ogos 2011

petua menghadapi orang yang membenci kita

salam ramadhan....


Hidup ini sangat indah dan kita kena hargai setiap masa yang kita lalui...setiap masa yang kita lalui itu adalah pelajaran untuk kita menghadapi masa hadapan.buruk dan baik sesuatu perkara adalah pelajaran untuk kita hadapi masa akan datang kita tidak tahu lagi bagaimana.yang baik kita jadikan panduan.yang buruk kita jadikan teladan.

Dalam menghadapi hari-hari bergelar manusia,banyak benda kita dah lalui.Begitu juga dengan manusia. Ramai juga manusia sudah kita kenali.Ada yang akan sayang dan sukakan kita.Ada yang membenci diri kita tanpa kita mengetahui apa salah kita pada mereka.

Bagaimana kita nak menghadapi orang yang membenci kita?perlukah kita menangis kerana takut akan orang yang membenci kita..tambahan pulak orang itu orang yang pernah rapat dengan kita...haihhh, jangan berburuk prasangka..jom baca petua orked yang selalu amal kan...

wink3....

petua 1

rileks saja....jangan membenci dia.Biarpun dia membenci kita sepenuh hati...Biarkan dia hidup dalam penuh kebencian itu.Hadapi dengan tenang mereka itu.Jika mereka ini meminta bantuan dan memerlukan pertolongan anda,bantu sahaja.Orked pasti mereka yang membenci kamu akan letih jika kamu buat tak tahu dengan kebencian dia tu..hahhahaha....positif ok!

petua 2

Balas kebencian dengan keramahan.Seandainya dia membenci kamu,dan kamu tahu dia sangat membenci kamu,memaki dan menghina kamu perdulikan itu semua.Senyum sahaja.Jangan gelabah!!!
kalau kamu gelabah dan memakinya dan membenci jugak nampaknya kamu sama sahaja seperti dia!! tiada beza langsung kot...haishhh..tak mau la....positif ok!

petua 3

Dituduh dengan perbuatan yang tidak kamu lakukan.Sebagai contohnya kamu dituduhan mencuri,memfitnah dan sebagainya....Kawal emosi.Jangan cepat terganngu.Buktikan bahawa kamu tidak bersalah dan kamu dipihak yang benar dalam keadan akal yang waras.positif ok!

petua 4
Tegur sahaja orang yang membenci kamu dengan lemah lembut dan tenang.Kadangkala apabila kita bersikap sebegitu hati mereka akan terbuka menerima diri kita.positif ok!

p/s: setiap manusia melakukan kesalahan.tak payah la nak benci balik orang yang benci kita.rileks saja.mudah-mudahan mereka akan berubah.

Sabtu, 13 Ogos 2011

hai awak!

hai awak!!!

assalammualaikum.....

ini adalah entry pertama saya lepas saya dah konvo...hahhaha..aah,saya dah konvo...wink3....tapiiii, saya meluat gila tengok gambar konvo saya atas pentas...tak cantik!!! grrrrrrrrrrr...awat tak cantik ah??? hummm....dalam kepala saya da mai dua awan...jeng3....


tu persoalan yang timbul dalam kepala.....hummmm.....sekarang dalam kepala duk kira-kira nak frame kan ke tak...ok....

ada jugak gambar hat kelihatan cantik.hahhahahha..okeh terperasan sendiri...tenkiu untuk yang sudi edit gambar ni..ok...hargai sangat....kamu buat saya nampak cantik...ahahahha...

p/s; ini entry malas.sekian.

Khamis, 4 Ogos 2011

apa perasaan awak bila hak awak diambil??


 bila kecewa kita akan memegang kepala kita....oh no!!!!hak aku dirampas!!

pernah terpikir dak korang dalam melalui hari-hari gembira tiba-tiba hak korang dirampas serta merta??? mesti dak kan..orked selalu sangat pikir apa akan jadi kalau camni camni bla bla bala dan sekian dan sekian........

1. korang berusaha selama bertahun-tahun tiba-tiba ada orang rampas hak anda..apa perasaan?
memang kita duduk di dunia yang fana..tapi sefana mana pun kita akan merasa dan berasa ohhh kejamnya dunia...dapat anda bayang dak anda duk gigih gila sambil tunggu hasil yang diharapkan. brusaha dan sabar dan terus bersabar.bila tiba masa dan hari untuk menanti hasilnya datang orang meragut hak anda...contohnya la,anda duk nak beli kamera lumix gf2( sebenarnya orked nak^.^)... duk kumpul rm20 sari...dah cukup duit,dah nak gi beli..tiba-tiba duit tu hilang!!!!ahh, sumpah rasa tak bersemangatkan...rasa macam ohh kejamnya....tak dak rezeki aku...sia-sia aku duk kumpul duit tahan perut...

2. mak bapak korang dirampas?
ahhhh...ni orked memang selalu pikir...camna kalau tiba-tiba mak bapak orked takdak...boleh ka orked buat ni dan ni...sebabnya orked ni selalu mengharap mak bapak orked dalam pelbagai aspek sekali pon...tiba-tiba duk gembira dikejutkan dengan berita ni tanpa persediaan apa-apa pun....sob3...sumpah sedih....nak kata manja katalah,sebab orked memang manja.rasanya setahun jugak duk menangis kalau mak bapak orked tadak...ok,takmo pk hat ni sebab satgi menangis...

3.bf/tunang/ suami korang dirampas???
omg!!!omg!!!aaaaaaaa....aaaaaaaa.duk nangis dalam bilik ja ka?mesti korang rasa nak p simbah asid ja kat orang hat rampas bf/tunang dan suami korang kan...korang duk curah penuh kasih sayang,habis harta segalanya,berkorban jiwa raga,bersusah payah bersama-sama tiba-tiba ada orang rampas.....aaaaaa,kawan orked pernah keluarkan statemnt ni dan orked tiba-tiba teringat la yang dia nak simbah asid.tapi dak pon.

Ahad, 31 Julai 2011

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal meninggal dunia

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Syed Jamal menghembuskan nafas terakhir semalam, 30 Julai, 2011 sekitar jam 9 malam di kediamannya di Gombak pada usia 82 tahun.

Syed Ahmad dilahirkan pada 19 September, 1929 di Bandar Maharani, Muar, Johor, dan mendapat pendidikan tinggi dalam bidang seni di Chelsea School of Art di London, United Kingdom, 1951 hingga 1955.

Pelukis yang banyak merakamkan peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan sejarah negara ini akan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Pusu, Gombak pagi ini, 31 Julai, 2011.Allahyarham meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki,Syed Nabil dan Syed Nurlhaq.

Syed Ahmad dianugerahkan Hadiah Seni Negara pada 1995, dan pelbagai hadiah lain sepanjang penglibatannya dalam seni visual.Beliau sangat dikenali dengan keberaniannya merakamkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan termasuk politik negara dan dunia.
(sumber: http://siasahdaily.blogspot.com/2011/07/seniman-negara-datuk-syed-ahmad-jamal.html)





Kehilangan beliau membuatkan dunia seni kehilangan sebutir permata. Sepanjang pembelajaran orked dengan dunia seni, orked banyak disorotkan dan dihidangkan dengan karya-karya beliau. Karya-karya beliau seperti Gunung Ledang, arca perhubungan dan sebagainya sememangnya tidak asing bagi orked dan rakan-rakan.
kenangan orked dan rakan-rakan bergambar bersama arwah dan isteri di opening Malaysian Art Friends di BSLN. orked di sebelah arwah. 

 orked sangat mengangumi beliau sebagai seorang tokoh seniman negara. alhamdulillah, orked berkesempatan bertentang mata bersama beliau  dan menegur beliau sebanyak 3 kali.

Sabtu, 23 Julai 2011

Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapore

Pertembungan diantara Singapura dan Malaysia tidak memihak kepada kita.Jika dilihat pemain kita sangat bersungguh dalam perlawanan.Namun rezaiki tidak memihak kepada kita ditambah pula dengan pengadil yang dilihat berat sebelah.Keputusan perlawan diantara singapore dan Malaysia ialah 5-3. Pemain import dilihat diserap bagi memantapkan lagi jentera mereka dalam memenangi tempat ke Piala dunia  2014.

Namun begitu, perlawanan  perlawanan timbal balik atau perlawanan kedua akan berlangsung distadium nasional bukit jalil, malaysia pada 28 julai 2011. Marilah sama-sama kita memberi sokongan yang padu pada skuad kebangsaan!!!

Jumaat, 1 Julai 2011

cara-cara mengesan kamu sedang ditipu oleh buaya aka playboy besaq!!!

assalammualaikum....

direct to the point!!!
selalunya melalui pembacaan orked,cara-cara nak mengesan penipu banyak kaedah yang kita boleh gunakan..tapi cara-cara nak mengesan semuanya adalah bila berhadapan dengan orang tersebut..bagaimana pulak dengan penipu-penipu di alam maya yang kita tak nampak dengan nyata???? OMG!!!!

jom kita tengok apakah cara-cara mengesan kita akan menjadi mangsa penipuan dia!!!

1.) dia selalu tunjuk dia ni sangat sedih dan kesian!!!!
 hummm...demm u!!!!! konon-konon anak kampung...miskin..berusaha mencari duit sendiri..sekarang dah berjaya, dan ditinggalkan kekasih...huishhhh,macam dalam dramakan...tolong la,apa cerita ko nak reka-reka tu rasanya tak payah lah...humm..kalau di alam nyata buat habis air liur ko je kan,kalau di alam maya,rasanya buat letih jari jemari ko yang kasar  tu ja menaip...


2.) mengcopy balik ayat-ayat yang kita post kat wall fb.
ni salah satu cara...konon2 nak tarik perhatian kita...aishh,tolong la weh.....stop la permainan yang kelihatan tak berapa nak pandai tuh...hummm....konon-konon nak bagi hati kita ni terusik...rrrrr....xterusik dan tersentuh langsung....meluat ada lah....

3.) hantar PM (private massage)
hummm..ni satu lagi...dia tak kan post kat wall ka,kat mana2 ka yang boleh orang lain nampak...tapi dia akan pm kita cakap nak berkawan ka apa ka...dia cakap nampak kita sangat cantik,manis dan sebagainya..humm...what ever lah kan...gaya ayat dia melambung-lambung memuji kita sampai langsung tak boleh pakai...hummm...kalau kita respon dapat lampu hijau la dia...

4.) merayu dan merayu mintak no phone.
adeh,dia akan mula membolok(bahasa terengganu) kan diri dia aka menyerabutkan diri beliau meminta no anda sampai anda bagi.dia akan mengatakan diri dia ni single mingle dan tengah mencari jodoh la pa la bagai...adeh....zaman sekrang hat da anak dua orang pon duk kata single adoiii......so macam mana???

p/s: humm...rasa nak berblog kembali lepas ada penipu nak tipu kawan saya..hopefly kawan saya tak tertipu lagi...hummm

Rabu, 8 Jun 2011

semuanya bermula dengan fantasi...ehemmm^^

assalammualaikum....


korang gadis yang comel?? korang de kamera lumix gf2??comel sesangat kamera ni.....kannn...kan.....korang de x????de tak????? tak de ek..humm......beli lah..murah je..dalam 2k jer....baru lah leh jadi comel dan bertambah kecomelan korang bila pakai kamera ni...hihihihi

okeh,ade beberapa bukti mengapa orked cakap kalau sigadis yang comel bila pakai kamera ni akan bertambah comel.....okeh layan video kat bawah ni..dan korang akan merasakan korang sangat comel bila memakainya...ehemmm...comel^^

video 1: first time orked yang comel dapat lumix gf2
video 2 :sigadis comel dengan dia
video 3: video private orked dan bf menggunakan lumix gf2^^auuuwww

p/s:comel sungguhhhh...haishhhh....semuanya bermula dengan fantasi^^

Khamis, 2 Jun 2011

kenapa kita suka dengar cakap orang?

assalammualaikum...

setelah lama rasanya tangan ini tak menaip,malam ini orked rasa nak meluah sesuatu yang jauh disudut hati agak terkilan dengan sikap-sikap manusia termasuk diri orked sendiri yang suka sangat dengar apa orang kata....hummmmm....

kawan-kawan,
siyesly selalu sangat berlaku kat kita nak buat sesuatu takot sangat orang akan berkata itu,akan berkata ini apabila kita nak melakukan sesuatu....sehinggakan kita takut untuk melakukannya kerana takut dengan mulut-mulut yang akan mengatakan kita...sedangkan kita tahu benda atau perkara yang nak kita buat tu akan merubah sedikit sebanyak kehidupan kita ke arah yang lebih baik..

kadang-kadang kita tahu yang kawan kita itu mahu berubah dan sedang berubah ke arah kebaikan tetapi kita mengatakan itu,berkatakan ini...sedangkan perkara itu ke arah kebaikan yang boleh memajukan dan dia dapat perbaiki kehidupan dia.tetapi kita tetap berada didalam kelompok yang suka memburuk-burukan perkara yang baik...hummmm....pernah tergolongkah anda dalam kelompok ini?

hye guys,
wakeup okeh....sudah-sudahlah memperkatakan hal orang.sudah-sudahlah memburuk-burukan orang.sebab kamu takkan dapat apa-apa...siyes ni,korang takkan dapat apa-apa...yang korang dapat hanya DOSA.kadang-kadang cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut kita tanpa selidik terus memperkatakan perkara itu  dan terus menerus menghukum orng tersebut...tak terfikirkah kamu,kenapa perkara itu berlaku...mesti ada sebab dan punca berlakunya perkara tersebut.

orked tak terlalu baik nak mengatakan yeahhh,ko berdosa sebab bla..bla...bla....yer! orked jugak tak terlalu alim nak mengatakan itu ini dan bla....bla...bla...tapi,trust me okeh,kadang-kadang dan sampai satu masa korang akan berfikir,kenapa lah de wujudnya orang-orang yang tak pernah suka melihat perubahan yang lebih baik dalam hidup kita...

sapa kamu mahu menghukum dia begitu?sapa kamu mahu menghalang dia dari berubah?siapa kamu mahu memperkatakan dia yang berubah ke arah kebaikan sedangkan kamu masih begitu dan kamu mahu dia terus lalai dan sesat bersama kamu?kenapa mahu racun pemikiran kawan-kawan yang lain dan menjaja kisah dia?owhhhh,kalau kamu terus mengatakan itu ini tentang dia,kamu patut digelar SHIT!

tuk kawan-kawan orked,
jangan takot untuk berubah ke arah yang baik...yup,mereka akan terus berkata...berkata....dan berkata....tanpa henti...tapi percayalah pada diri,jika kamu still lagi dengar orang kata sehingga takut nak berubah ke satu tahap yang lebih baik,kamu tak akan kemana-mana. kamu tetap di situ.di situ.seorang yang menghentam kamu,percayalah sepuluh lagi akan menyokong kamu kawan.

p/s:hye kawan,berubah untuk kebaikan...bukan untuk keburukan..mengata tak kita suport dia.jangan tahu menghentam sahaja.

Isnin, 30 Mei 2011

surat siswazah yang kecewa kerajaan nak bekukan kerja!!!

hye...
nama saya fak rule..umuq rahsia...saya baru saja menghabiskan pangajian saya kat sebuah universiti..nama universiti dirahsiakan...hummm...tujuan saya tulis surat ini nak menyatakan ketidakpuasan hati saya yang sedang membelenggu dan membeku otak saya setelah mendapat berita ini.http://www.jpa.gov.my/docs/se/2011/se23052011.pdf

tuan,
soalan pertama saya ialah kenapakah pihak tuan manhu memperlakukan sebegini terhadap saya..kenapa nak bekukan kerja  setelah saya habis belajar...kenapa tak sebelum saya masuk belajar..kalau saya tau saya jadi ja tukang jahit ja..orang cakap masuk universiti buleh kerja sedap..tapi keluar tak dak kerja ni macam mana.

tuan,
perkara yang kedua,oleh kerana pihak tuan nak bekukan kerja bermula 1Julai ni,so....buleh dak saya nak claim semua benda hat saya buat masa belajaq dulu...segala asigment hat saya buat dulu..minyak motor hat saya p kelas dulu..yuran suma lah..yela,dah pihak tuan xmo bagi kerja,saya nak makan apa...buleh la ekk..buleh ekkk....

tuan,
sebenarnya pihak tuan dah hancurkan harapan saya nak beli rumah,kreta,mesin basuh,peti ais...dan yang paling kecewa saya nak beli kasut supra dengan jam gshock macam zizan raja lawak duk pakai selalu bagai2 warna tu suma dah musnahh...hancor....berkecai....hummm...

tu saja.bai..

hati yang kecewa.





.











.................................
(fak rule bin mat lambung)

Ahad, 8 Mei 2011

saya terharu-maru...

salam...
tuk dia yang berkenaan..
tenkiu buat saya gumbira tanpa henti hari ni.....
benda yang saya tak duga yang menggembirAkan saya...
sangat terharu....T.T

Rabu, 4 Mei 2011

kebenaran akan muncul jugak!



dah lama tak berpuisi..chewahhh...ada dok reka sket ni ...enjoy^.^

kelap kelip bintang,
bintang ku ikat simpul satu per satu,
bagi rapat...bagi dekat...bagi lekat...

sembunyi hati sembunyi jiwa,
biar jiwa sembunyi rasa hati..
biar diam,biar senyap,biar sunyi.
baru puas  rasa hati.

dekatkan hati pada jiwa,
tapi itu rasa semata-mata,
cuba perkotak-katik kan jiwa,
hurmmm....bodohkan aku,atau dia,
mainan jiwa diri sengsara..

menanglah kamu pada mata dia,
tapi kebenaran tuhan menanti lagi,
berserah,berharap dan berdoa,
ku ikat,ku kunci dulu jawapan ini.

p/s:jeng3.....

Isnin, 25 April 2011

2 bulan 3 minggu jadi cikgu! kalau meluat jangan baca.

assalammualaikum....

tolong jangan baca kalau anda meluat dengan orked...fullstop...


 sumpah orked sangat gembira dan da rasa bunga2 sakura luruh dalam hati orked ni.....hip3...horeeee..... sebabnye salah sorang student orked da kasi hadiah kat orked....tu gambar orked pose dgn hadiah yang die kasi....tenkiu dan rasa macam best gila kot jadi cikgu ni....tiba2 terpikir cerita yang orked pernah dengar dulu...dekat pendalaman sabah atau serawak kalau hari guru, cikgu2 mest dapat lembu,kambing,petai sume....rasa nya kalau orked mengajar sane dapat tak benda2 tu....okeh,tiba2 ada awan pastu naik tanda soal dalam kepala....

okeh,siyesly rasa best sebab tak de angin xde ribut dieorang kasi...yang best nye semalam jugak, de student nak kasi orked aiskrim...tapi sampai sekolah dah cair...dieorang pon makan la,..makcik dia jual aiskrim...tu pasal die nak bawakkan dah tau orked suka makan aiskrim...syok kot jadi cikgu..

hari ini plak ada student orked bawakkan kuih muih..agak banyak jugak la....adoiii,praktikal dah nak habis...siyesly rasa macam sayu je nak tinggal dieorang ni...kenapa la dieorang ni baik2 sangat dengan orked...xpasal2 menangis teruk nak tinggal kan dieorang...

Ahad, 24 April 2011

Cantik vs hodoh

Assalammualaikum...

gambar diambil dari : http://ag-eyna1904.blogspot.com

Untuk entry kali ini orked rasa nak menulis benda ni....tiba-tiba terlintas dalam kepala lepas student 2 lelaki orked dengan enaknya mengutuk budak-budak perempuan yang lalu depan mata dieorang  sedangkan budak-budak perempuan yang lalu depan kami tu tak buat apa-apa pon...hurmm,memang wayar dieorang ni agak short sket..
Kita selalu tengok kalau perempuan/ lelakiyang cerah muka kulit licin kita akan tafsirkan dia cantik....4 example,kejadian kat sekolah hari tu,yang gelap  student orked booooo...yang amoi2 sket die mntak no...hadoiiiiii.....memang tunggu masa untuk orked sekeh kepala dieorang..Hat hitam kita Nampak buruk....heyyyyy!!!! come on la...putih dan cerah tak menjanjikan apa-apa....tu Cuma warna kulit..tak semestinya putih itu cantik,yang hitam itu buruk...oit,kalalu lu olang da pemikiran macam tu, kepala lu olang sama itu macam kepala olang zaman purba kala....
Kenapa nak cakap orang tu cantik,orang ni buruk...bagi orked, tak ada seorang pon yang orked kenali atas muka bumi ni hodoh... “wei,buta ka mata cik orked kat dunia ni tak da orang hodoh?’’ mesti ayat ni terkeluar dari otak dan turun kepada mulut....”ehemmmmm.....memang la  ada yang tak cantik rupa dan muka dieorang,ada yang tak cantik body dieorang sekali pandang tapi jika kita amati mesti ada jugak sisi kecantikan  yang wujud dalam diri beliau!”kalau muka dieorang tak cantik,orked percaya hati dieorang sangat cantik...dan itu yang menampakkan beliau cantik..
Kadang-kadang kita selalu mengutuk dan mengata tentang perkara ini kan...betul tak...okeh,tolong jangan kata tidak okeh....jom baca dialog kat bawah,dan rasa-rasa korang pernah tak keluarkan dialog macam ini.
Dialog A dan B
A: weyyy,cantiknya perempuan tu....
B:oiiii,ko buta ka???cam tu ko ckap cantik..
A:cantik kot dia...
B:ko memang butalah..cantik nenek aku lagi!
Dialog C dan D
C:wey,cantik kan dia tu....kan best kalau muka aku cantik cam die
D:cantik apa,harap putih ja...
C:tapi dia cantikkan?
D:huh,kalau dia hitam,sah dia tak cantik..lebih teruk dari @#$%^ kelas sebelah kita tu.
Dialog E dan F
E:wey,cantik jugak si @#$% ni kan
F:buleh la..biasa2 ja...

Betui dak,mesti da keluar dari mulut korang dialog2 yang orked tulis kat atas...hurm...satu jer orked mintak,sudah2 la keluarkan persepsi yang mengata kan  dia ni hodoh,dia ni cantik...sebab bagi orked sume orang cantik kot..
Pengalaman orked,dulu orked pernah taksub nak kawan dengan orang-orang cantik..sebab apa?sebab orked nak jadi cantik..giler tak?hahahha..tapi bile orked kawan dengan dieorang, banyak benda buruk yang orked belajar.benda2 buruk tu tak perlulah orked tulis kat  sini. beliau2  ini memang sangat cantik luaran,.dalaman beliau ini tak boleh kot orked jadikan contoh.manakala, dalam waktu yang sama orked berkawan dengan orang yang da yang cakap beliau ini hudoh,ada yang cakap biasa2 saja...tapi kat mata orked dia sangat cantik dan mengagumkan!!! Hati dia sangat baik.dan ini memperlihatkan lagi sisi kecantikan beliau ini..
p/s:dalam seni tak ada satu pon yang hudoh...suma cantik dan dianggap seni...sekian tima kasih!^.^

Rabu, 20 April 2011

dunia guru 2bulan 2 minggu


sumpah dah letih..hari2 ada je satu satu masalah duk datang hempap kepala...kadang2 langsung tak mo amik tau dah hal2 budak ni....lagipon buat pa pedulikan letihkan dan susahkan diri nak amik tau hal budak yang degil,tak dengar cakap yang kalau mengadap diaorked boleh jadi gila...gaduh sana sini...babi kiri,bai kanan,babi depan,babi belakang yang duk jadi mainan mulut....mod ke sekolah adalah 50% je berbanding dulu...


tapi sejak semalam orked agak siyesly terharu....tatau nak kata apa...dalam diri orked memang sumpah letih gila,penat,suma ada la, ada dua,tiga,empat lima orang student orked kasi sesuatu yang orked sangat-sangat hargai....bila dah dieorang bagi kat orked benda2 ni orked rasa segala kepenatan orked buat kerja tanpa bergaji dalam melayan segala kerenah budak2 yang macam2...sume tu hilang..yang datang semangat macam hari pertama jejak langkah ke sekolah ni nak mengajar...ni antara gambar dan kad yang student orked kasi....




okeh,bayangkan macam mana orked tak letih dan semangat hilang...masa duk rilek2 kat bilik guru da sekumpulan budak2 india duk gaduh...adoiii...bising gila...cigu2 semua buat muka tak tahu....maybe dieorang dah malas nak hirau ja...orked ja yang duk sibuk2 tengok nak tau kenapa...bukan saya penyibuk okeh...tapi as a teacher, u must know ur responsibility....cari kenapa boleh gaduh...jangan terus hukum tanpa sebab...selidik dulu...

okeh lupakan...dalam kepala ni mesti selalu positif...orked terus gagah datang kesekolah sebab rasa tanggungjawab dan kerana anak bangsa orked...kalau la cikgu malas,tak bersemangat adoiiiii,,,,,nantistudent lagi la...selain ibu bapa dieorang,guru lah yang bertanggungjawab terhadap student...

Ahad, 17 April 2011

student bagi kek,saya bagi puding!

wassup guys.....
okeh,hari ni dah masuk 2 bulan 11 hari orked jadi cikgu.....hurmmmm...okeh,perasaan sayang orked kat budak2 ni makin lama main banyak dan makin hari makin ramai lak yang orked sayang...adehhhh,,,,,geram tol...cmna tatau nanti kalau orked dah nak habis??mesti dieorang menangis teresak2 ingat kat orked..okeh,mesti dieorang bace bende alah ni rase nak termuntah....lalallalala...

kembali kepada azali,berkaitan dengan tajuk....oritu orked de update kan yang student orked de bagi orked kek kan...sumpah terharu...so,orked de buatkan puding....tuk pengetahuan kawan2 orked sume,ni first time dalam idop orked buat benda alah ni....hahhahhahaha....sebab student2 yang saya sayang,orked sanggup kot turun dapur....orked buat tuk incik awan sekali...

tau x?orked selalu pesan dekat student orked buat kerja dengan penuh kasih sayang...buat mural,buat kerja2 sume dengan penuh kasih sayang..yang tu orked selalu pesan....kenape kena buat dengan penuh kasih sayang??weyyyy,mesti la..kalau buat kerja dalam keadaan terpaksa mesti kerja tu hampeh.....klu buat dengan penuh kasih sayang,walaupun lambat,tapi tengok la hasilnya...mesti terbaik wokkkk!!!!

so,orked pun buat la benda alah ni dengan penuh kasih sayang....okeh, de gambar yang orked amik masa tengah buat puding nih...memg la tak hebat mana tapi orked buat dengan penuh kasih sayang..student orked cakap sedap,tapi keras skit..okeh,first time...so memg la...okeh...jom tengok gambar2 bawah nehhh
 okehhhh,ni tepung kastard yang paling orked beli....

 susu+tepung kastard then kacau sampai sebati


lepas tu masukkan kedalam agar2 yang direbus dengan air yang tengah mendidih...okeh,ayat tunggang langgang ...adoii...then masukkan gula dan rasa sampai rasa okeh..hahhahahah dan last masukkan koktail

 lepas tu masukkan dalam bekas yang nak letak...orked letak dalam mangkuk kecik ni...comel okeh..then masukkan dalm peti..sejukkan die...

 then orked buat kuah die plak...tuk kuah die,student2 orked ingat kan orked amik yogurt then campur dengan koktaill....sebenarnye orked amik susu isian sejat tu,cmpur tepung kastard,campur air separuh tin,gula dan koktail....siap.....^.^

ni rupa yang telah siap...sedap okeh....
:P

 yang ni orked try tak ltak tepung kastard...sebab orked nak letak warna pink....

 sama jugak macam diatas...yang ni orked masukkan dalam bekas sebab nak balas balik letak dalam bekas yang student orked kasi tuh

 ni keadaan bila benda ni duk dalam peti...chewah....posing sakan puding aku nehhh..lalalalalala

ni dua benda ni orked beli kat econsave..jimat sket duit..lalalalala



Isnin, 11 April 2011

bila cikgu bertukar jadi bomba!!

wassuppppp...
boleh ker cikgu bertukar jadi bomba???

ehem3....jangan cakap tak okeh....kalau cikgu nurul sume leh okeh..power ranggers pon leh okeh.....tetttttt..

okeh,ni de gambar2 yang orked dapat dari cikgu2 yang lain...hehheheh,gambar orked banyak....suker3...tak pasti gambar ni sume dari kamera cikgu mane..tapi ape pon time kasih..kawan2 enjoy okeh tengok gambar nehh...ehem3...sdikit meluat pas tgok gambar orked neh...incik awan mesti menangis tengok yang orked neh leh jadi bomba dan serba boleh..tettttt....sumpah,mesti die rase nak tumbuk je orked sekarang sebab die cepat meluat.....wekkkk...xkisah....jom layan..
 ni bukan sayer...tpi yg tudung kuning tu sayer.....suke gambar nehh

 xcited okeh

 ehem3....upacara memakai seluar bomba

 cuba dan cuba memakai sebaik mungkin....tapiii....hurmmmm
 orked:oit dak kecik,camne pakai benda nehhhh????

 budak kecik:cam ni la dak besar oii..
orked: oooooooo :P
 okeh,saya orang yang pertama memakai topi merah ni..over xcted...
 yeahhhhh siap...sampai abg bomba neh datang tNYA kehebatan dan kepantasan orked pakai baju nehhh..lalalala
 yeahhhhh...saya angkat tangan tanda bukak air..bukan nak tunjuk ketiak

 saya lah bomba paling sopan santun okeh.tengok cara  orked turun nehhh.....tettttttttttttt
 rumah terbakar panggil bomba...ni tong terbakar panggil kami okehhh

 gaya seorang bomba satu hari..giler,,,,meluat tengok gambar neh...muka berlagak habehhhh
 ni pasukan bomba saya okeh,....dapat hadiahhh

ni peserta hari tuhhh....aummm4.....ramai dak cikgu2 nak jadi bomba..ramai kan...

p/s:tenkiu kepada yang amik...saya tatau sapa yang duk amik...thanks okeh.....^.^