Pengikut

Selasa, 11 Oktober 2011

Biar saja!


Biar,
biar saja sakit ini pergi,
biar saja sakit ini hapus sendri,
biar saja sakit ini ubati sendiri,
kerana aku tahu ianya memang begitu...

Aku mahu senyum sahaja.
Aku mahu gembira sahaja.
Biar orang lihat aku bahagia.
Biar orang lihat aku teruja.

Kadang-kadang aku mahu jerit sahaja,
aku mahu jerit dan jerit.
Biar kedengaran semuanya.
Biar perhatian...

Tapi itu bukan normal ku.
aku cumalah gadis yang suka bersendirian
dan menangis  sendirian di hujung pintu.
tiada ubat yang boleh sembuhkan luka ku.
kerana hanya sahaja yang bisa mengesat sendiri air mata ku,
kerana hanya aku sendiri yang bisa ubati luka ini.

Jatuh bangun aku,hanya aku yang rasa.
sakit pedih jiwa aku,aku yang rasa.
namun aku tau.nun jauh disana dia memerhatikan ku.
cuba merasa sakit dan pedihku,
cuba merasa jatuh dan bangunku...