Pengikut

Ahad, 31 Julai 2011

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal meninggal dunia

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Syed Jamal menghembuskan nafas terakhir semalam, 30 Julai, 2011 sekitar jam 9 malam di kediamannya di Gombak pada usia 82 tahun.

Syed Ahmad dilahirkan pada 19 September, 1929 di Bandar Maharani, Muar, Johor, dan mendapat pendidikan tinggi dalam bidang seni di Chelsea School of Art di London, United Kingdom, 1951 hingga 1955.

Pelukis yang banyak merakamkan peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan sejarah negara ini akan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Pusu, Gombak pagi ini, 31 Julai, 2011.Allahyarham meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki,Syed Nabil dan Syed Nurlhaq.

Syed Ahmad dianugerahkan Hadiah Seni Negara pada 1995, dan pelbagai hadiah lain sepanjang penglibatannya dalam seni visual.Beliau sangat dikenali dengan keberaniannya merakamkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan termasuk politik negara dan dunia.
(sumber: http://siasahdaily.blogspot.com/2011/07/seniman-negara-datuk-syed-ahmad-jamal.html)





Kehilangan beliau membuatkan dunia seni kehilangan sebutir permata. Sepanjang pembelajaran orked dengan dunia seni, orked banyak disorotkan dan dihidangkan dengan karya-karya beliau. Karya-karya beliau seperti Gunung Ledang, arca perhubungan dan sebagainya sememangnya tidak asing bagi orked dan rakan-rakan.
kenangan orked dan rakan-rakan bergambar bersama arwah dan isteri di opening Malaysian Art Friends di BSLN. orked di sebelah arwah. 

 orked sangat mengangumi beliau sebagai seorang tokoh seniman negara. alhamdulillah, orked berkesempatan bertentang mata bersama beliau  dan menegur beliau sebanyak 3 kali.

Sabtu, 23 Julai 2011

Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapore

Pertembungan diantara Singapura dan Malaysia tidak memihak kepada kita.Jika dilihat pemain kita sangat bersungguh dalam perlawanan.Namun rezaiki tidak memihak kepada kita ditambah pula dengan pengadil yang dilihat berat sebelah.Keputusan perlawan diantara singapore dan Malaysia ialah 5-3. Pemain import dilihat diserap bagi memantapkan lagi jentera mereka dalam memenangi tempat ke Piala dunia  2014.

Namun begitu, perlawanan  perlawanan timbal balik atau perlawanan kedua akan berlangsung distadium nasional bukit jalil, malaysia pada 28 julai 2011. Marilah sama-sama kita memberi sokongan yang padu pada skuad kebangsaan!!!

Jumaat, 1 Julai 2011

cara-cara mengesan kamu sedang ditipu oleh buaya aka playboy besaq!!!

assalammualaikum....

direct to the point!!!
selalunya melalui pembacaan orked,cara-cara nak mengesan penipu banyak kaedah yang kita boleh gunakan..tapi cara-cara nak mengesan semuanya adalah bila berhadapan dengan orang tersebut..bagaimana pulak dengan penipu-penipu di alam maya yang kita tak nampak dengan nyata???? OMG!!!!

jom kita tengok apakah cara-cara mengesan kita akan menjadi mangsa penipuan dia!!!

1.) dia selalu tunjuk dia ni sangat sedih dan kesian!!!!
 hummm...demm u!!!!! konon-konon anak kampung...miskin..berusaha mencari duit sendiri..sekarang dah berjaya, dan ditinggalkan kekasih...huishhhh,macam dalam dramakan...tolong la,apa cerita ko nak reka-reka tu rasanya tak payah lah...humm..kalau di alam nyata buat habis air liur ko je kan,kalau di alam maya,rasanya buat letih jari jemari ko yang kasar  tu ja menaip...


2.) mengcopy balik ayat-ayat yang kita post kat wall fb.
ni salah satu cara...konon2 nak tarik perhatian kita...aishh,tolong la weh.....stop la permainan yang kelihatan tak berapa nak pandai tuh...hummm....konon-konon nak bagi hati kita ni terusik...rrrrr....xterusik dan tersentuh langsung....meluat ada lah....

3.) hantar PM (private massage)
hummm..ni satu lagi...dia tak kan post kat wall ka,kat mana2 ka yang boleh orang lain nampak...tapi dia akan pm kita cakap nak berkawan ka apa ka...dia cakap nampak kita sangat cantik,manis dan sebagainya..humm...what ever lah kan...gaya ayat dia melambung-lambung memuji kita sampai langsung tak boleh pakai...hummm...kalau kita respon dapat lampu hijau la dia...

4.) merayu dan merayu mintak no phone.
adeh,dia akan mula membolok(bahasa terengganu) kan diri dia aka menyerabutkan diri beliau meminta no anda sampai anda bagi.dia akan mengatakan diri dia ni single mingle dan tengah mencari jodoh la pa la bagai...adeh....zaman sekrang hat da anak dua orang pon duk kata single adoiii......so macam mana???

p/s: humm...rasa nak berblog kembali lepas ada penipu nak tipu kawan saya..hopefly kawan saya tak tertipu lagi...hummm