Pengikut

Ahad, 31 Julai 2011

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal meninggal dunia

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Syed Jamal menghembuskan nafas terakhir semalam, 30 Julai, 2011 sekitar jam 9 malam di kediamannya di Gombak pada usia 82 tahun.

Syed Ahmad dilahirkan pada 19 September, 1929 di Bandar Maharani, Muar, Johor, dan mendapat pendidikan tinggi dalam bidang seni di Chelsea School of Art di London, United Kingdom, 1951 hingga 1955.

Pelukis yang banyak merakamkan peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan sejarah negara ini akan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Pusu, Gombak pagi ini, 31 Julai, 2011.Allahyarham meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki,Syed Nabil dan Syed Nurlhaq.

Syed Ahmad dianugerahkan Hadiah Seni Negara pada 1995, dan pelbagai hadiah lain sepanjang penglibatannya dalam seni visual.Beliau sangat dikenali dengan keberaniannya merakamkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan termasuk politik negara dan dunia.
(sumber: http://siasahdaily.blogspot.com/2011/07/seniman-negara-datuk-syed-ahmad-jamal.html)





Kehilangan beliau membuatkan dunia seni kehilangan sebutir permata. Sepanjang pembelajaran orked dengan dunia seni, orked banyak disorotkan dan dihidangkan dengan karya-karya beliau. Karya-karya beliau seperti Gunung Ledang, arca perhubungan dan sebagainya sememangnya tidak asing bagi orked dan rakan-rakan.
kenangan orked dan rakan-rakan bergambar bersama arwah dan isteri di opening Malaysian Art Friends di BSLN. orked di sebelah arwah. 

 orked sangat mengangumi beliau sebagai seorang tokoh seniman negara. alhamdulillah, orked berkesempatan bertentang mata bersama beliau  dan menegur beliau sebanyak 3 kali.

Tiada ulasan: