assalammualaikum...
setelah lama rasanya tangan ini tak menaip,malam ini orked rasa nak meluah sesuatu yang jauh disudut hati agak terkilan dengan sikap-sikap manusia termasuk diri orked sendiri yang suka sangat dengar apa orang kata....hummmmm....
kawan-kawan,
siyesly selalu sangat berlaku kat kita nak buat sesuatu takot sangat orang akan berkata itu,akan berkata ini apabila kita nak melakukan sesuatu....sehinggakan kita takut untuk melakukannya kerana takut dengan mulut-mulut yang akan mengatakan kita...sedangkan kita tahu benda atau perkara yang nak kita buat tu akan merubah sedikit sebanyak kehidupan kita ke arah yang lebih baik..
kadang-kadang kita tahu yang kawan kita itu mahu berubah dan sedang berubah ke arah kebaikan tetapi kita mengatakan itu,berkatakan ini...sedangkan perkara itu ke arah kebaikan yang boleh memajukan dan dia dapat perbaiki kehidupan dia.tetapi kita tetap berada didalam kelompok yang suka memburuk-burukan perkara yang baik...hummmm....pernah tergolongkah anda dalam kelompok ini?
hye guys,
wakeup okeh....sudah-sudahlah memperkatakan hal orang.sudah-sudahlah memburuk-burukan orang.sebab kamu takkan dapat apa-apa...siyes ni,korang takkan dapat apa-apa...yang korang dapat hanya DOSA.kadang-kadang cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut kita tanpa selidik terus memperkatakan perkara itu dan terus menerus menghukum orng tersebut...tak terfikirkah kamu,kenapa perkara itu berlaku...mesti ada sebab dan punca berlakunya perkara tersebut.
orked tak terlalu baik nak mengatakan yeahhh,ko berdosa sebab bla..bla...bla....yer! orked jugak tak terlalu alim nak mengatakan itu ini dan bla....bla...bla...tapi,trust me okeh,kadang-kadang dan sampai satu masa korang akan berfikir,kenapa lah de wujudnya orang-orang yang tak pernah suka melihat perubahan yang lebih baik dalam hidup kita...
sapa kamu mahu menghukum dia begitu?sapa kamu mahu menghalang dia dari berubah?siapa kamu mahu memperkatakan dia yang berubah ke arah kebaikan sedangkan kamu masih begitu dan kamu mahu dia terus lalai dan sesat bersama kamu?kenapa mahu racun pemikiran kawan-kawan yang lain dan menjaja kisah dia?owhhhh,kalau kamu terus mengatakan itu ini tentang dia,kamu patut digelar SHIT!
tuk kawan-kawan orked,
jangan takot untuk berubah ke arah yang baik...yup,mereka akan terus berkata...berkata....dan berkata....tanpa henti...tapi percayalah pada diri,jika kamu still lagi dengar orang kata sehingga takut nak berubah ke satu tahap yang lebih baik,kamu tak akan kemana-mana. kamu tetap di situ.di situ.seorang yang menghentam kamu,percayalah sepuluh lagi akan menyokong kamu kawan.
p/s:hye kawan,berubah untuk kebaikan...bukan untuk keburukan..mengata tak kita suport dia.jangan tahu menghentam sahaja.